Kreatif! Pemandu Grab Ada Masalah Percakapan, Tapi Pandai ‘Bersembang’ Dengan Penumpang

SELAIN menawarkan perjalanan yang selamat, seorang pemandu Grab yang mempunyai masalah percakapan turut menyediakan tiga lagi perkhidmatan istimewa kepada penumpang-penumpangnya.

Apa yang ditawarkannya itu dimuat naik oleh seorang pengguna di laman Miri Community gara-gara pemandu Grab berkenaan yang mempunyai caranya tersendiri menarik perhatian penumpang.

Pemandu tersebut meletak sekeping kertas dan memperkenalkan dirinya.

Salah seorang penumpang berkongsi rakaman kertas nota yang disediakan pemandu Grab. (Miri Community)

“Anda mungkin perasan saya seorang lelaki pendiam. Itu kerana saya percaya ‘Silence is Golden’.

“Saya sebenarnya seorang yang bising. Saya seorang yang faham dengan gurauan sendiri,” tulis lelaki tersebut.

Di atas kertas itu juga lelaki tersebut menjelasnya keadaan dirinya yang sebenar.

“Saya dilahirkan dengan mengalami masalah percakapan. Semua perkataan hanya bermain di fikiran sahaja, mengambil masa panjang untuk ‘dihantar ke mulut sebelum keluakan ‘ (bercakap).

“Saya tidak tahu kenapa, begitu juga dengan doktor. Mungkin ‘sistem audio’ dalam badan saya tersalah pasang’.

“Namun lelaki tersebut yang tidak didedahkan namanya memberitahu bahawa dia tidak pekak.

“Penglihatan saya tajam dan fikiran saya jelas. Jadi anda selamat ketika berada dalam kereta saya.

“Saya boleh bawa anda ke destinasi dengan selamat.”Dalam pada itu, pemandu tersebut turut berkongsi perkhidmatan lain yang diberikan kepada penumpang.

Antaranya ‘silent ride’ , ‘Therapy Ride’ (jika anda mempunyak hari yang buruk, telinga saya milik anda. Dan juga bahu untuk menangis).

Dan yang ketiga adalah ‘Friendly Ride’ – (Saya boleh senyum dan mengenyit mata dari masa ke semasa melalu cermin pandang belakang).

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PenPilot

 

 

Sumber : mStar