Disebabkan Rindu Pada Isteri, Suami Acah-Acah Sesat Untuk Dengar Suara Isteri Dalam Aplikasi Waze

Kewujudan aplikasi seperti Waze, Google Maps dan peranti GPS membuatkan usaha untuk mencari tempat yang kita tidak pernah pergi sebelum ini menjadi begitu mudah

Kebanyakan orang, lebih-lebih lagi yang jenis susah untuk ingat jalan, sangat bergantung dengan aplikasi ini bagi mengelakkan dari sesat ketika berada di jalan raya.

Biarpun ada kalanya kita berdepan masalah apabila aplikasi ini buat gila dan membawa kita ke tempat lain, tetapi ‘kesilapan’ itu tidak pernah melemahkan semangat kita untuk terus menggunakannya.

Image via Instagram @aidanajwaaa

Tapi berbeza dengan lelaki ini yang kadang-kadang sengaja buat-buat sesat hanya kerana ingin mendengar suara isterinya melalui aplikasi Waze.

Baru-baru viral di laman Twitter apabila seorang pengguna @ojan_hasan telah memuat naik video gelagat kawannya sedang mendengar suara latar dalam aplikasi Waze.

Yang kelakarnya, suara tersebut adalah suara isteri kepada kawannya yang sengaja di-set ke dalam aplikasi tersebut.

Bukan itu sahaja, kadang-kadang kawannya itu dengan sengaja membuka aplikasi Waze dan buat-buat sesat hanya kerana ingin mendengar suara isterinya kerana rasa rindu.

Posting tersebut bukan sahaja menggelikan hati bahkan ramai yang terhibur ekoran loghat utagha pekat wanita terbabit!

Image via Twitter @ojan_hasan

Mereka turut merasakan yang ianya comel, bahkan ingin mengikut idea lelaki tersebut untuk set suara sendiri

Image via Twitter @ojan_hasan

Susulan daripada itu, ramai netizen yang tidak tahu bahawa kita sebenarnya boleh set sendiri suara latar dalam aplikasi Waze

Image via Twitter @ojan_hasan
Image via Twitter @ojan_hasan
Image via Twitter @ojan_hasan

Terhiburlah dengan gelagat pasangan suami isteri ini!

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PenPilot

 

 

Sumber : Says.com