Saya Tak Nak Berharap-Nabil Ahmad

Pelawak Nabil Ahmad akui dia dan isteri Zira Ayub tidak mahu mengetahui jantina bayi ketiga mereka sehingga dilahirkan nanti.

Menerusi laporan Hlive, Nabil berkata dia mahu ia menjadi kejutan yang bermakna buatnya dan keluarga supaya teruja menanti kelahiran anaknya yang dijangka lahir pada April 2019.

 

“Saya sengaja meminta doktor merahsiakan dahulu jantina bayi kami kerana kami mahu ia menjadi kejutan nanti.

“Kalau boleh saya mahu lelaki tetapi jika perempuan pun saya cukup gembira juga asalkan dia sihat dan sempurna,” katanya kepada Hlive.

Sementara itu, Nabil turut memberitahu isterinya berada dalam keadaan yang sihat sepanjang kehamilan ini kerana tiada apa-apa alahan.

 

“Zira jika hamil dari anak pertama lagi, dia tiada apa-apa perubahan atau alahan. “Dia seperti biasa sahaja, cuma makan sahaja lebih daripada biasa,” katanya lagi.

Nabil dan Zira mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan sudah dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini, Naira Mikayla dan Leyla Medyna. Nabil harap anak lelaki

 

PENGACARA dan pelawak popular, Nabil Ahmad mengesahkan isterinya, Nazirah Ayub atau Zira kini hamil anak ketiga. Menurut Nabil, usia kandungan Zira kini baru berusia lima minggu. “Alhamdulillah keluarga saya bakal bertambah. Semalam doktor sahkan isteri saya hamil lima minggu. “Saya sangat teruja kerana kami memang merancang menambah cahaya mata selepas anak kedua sudah menginjak usia tiga tahun,” katanya. Nabil berkata, dia berharap dikurniakan anak lelaki selepas memiliki dua anak perempuan bernama Naira Mikayla, 6, dan Leyla Medyna, 3 tahun.

“Sebenarnya saya tidak kisah soal jantina asalkan bayi yang bakal lahir sihat dan sempurna. Cuma saya berharap kalau dapat anak lelaki mesti seronok. Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu berharap.

 

“Saya menyerahkan perkara ini kepada ketentuan Allah. Sebagai ketua keluarga, saya anggap anak adalah tanggungjawab dan amanah yang perlu dijaga. “Doakan semoga kandungan isteri saya berada dalam keadaan baik,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @AisVanila

Sumber : Gempak & Instagram @nabilzira