[GAMBAR] TMJ Brsama Beckham, Ozil Saksikan Perlawanan Arsenal-Spurs Di Stadium Emirates

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkesempatan menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Emirates, London bersama David Beckham dan Mesut Ozil.

“Tunku Ismail dijemput oleh David Beckham dan Mesut Ozil untuk menyaksikan perlawanan antara Arsenal dan Tottenham Hotspur di Stadium Emirates.

“Malahan, Tunku Ismail juga menerima cenderahati daripada Ozil,” demikian catatan pada Facebook TMJ pada Khamis.

Turut dimuat naik gambar Tunku Ismail bersama Beckham dan pemain Arsenal, Ozil dan Sead Kolasinac di bangku penonton.

Ozil turut menghadiahkan jersi kelabnya dengan tertera huruf TMJ dan nombor 84.

Satu lagi foto menunjukkan TMJ turut menerima sepasang kasut sukan.

Dalam perlawanan itu, Arsenal tewas 2-0 kepada Tottenham Hotspur hasil jaringan Son Heung-min dan Dele Alli.

VIDEO :

sumber : MSTAR