12 Pulau Dengan Pelbagai Bentuk Yang Luar Biasa, Cantik Dan Menarik!

Adakah anda salah seorang yang suka berimaginasi? Apabila memandang awan, adakah anda sering membayangkan bentuk-bentuk tertentu? Adakah anda gemar mencari corak dan membentuk sesuatu daripada benda yang tidak bernyawa?

Cuba lihat 12 pulau dengan pelbagai bentuk yang luar biasa, cantik dan menarik di bawah. Mungkin sekali pandang, anda sudah dapat membayangkan pulau-pulau tersebut menyerupai bentuk apa.

1. Pulau berbentuk hati di Fiji

Pulau berbentuk hati yang cantik ini dikenali sebagai Tavarua yang mana di sekelilingnya ialah terumbu karang. Sesiapa yang gemarkan aktiviti menyelam, berkayak dan menyelam skuba, pulau ini adalah pilihan yang tepat untuk melihat keindahan alam semula jadi itu.

2. Pulau berbentuk smiley Malaysia

Sebagai rakyat Malaysia kita pasti berbangga kerana negara tercinta kita ini juga mempunyai pulau yang menarik. Tidak jauh dari Kota Kinabalu terdapat 3 dari 5 pulau di Taman Negara Tunku Abdul Rahman yang kelihatan seperti bentuk smiley dari udara.

Jadi, jangan hairan jika tiba-tiba ada penumpang kapal terbang yang tersenyum apabila memandang ke luar tingkap ketika kapal terbang merentasi pulau ini.

3. Pulau berbentuk piza di Portugal

Pulau ini pasti menarik pecinta piza untuk melihatnya tanpa jemu dan terasa mahu menggigitnya! Apa yang anda lihat itu sebenarnya adalah kawah gunung berapi dan bentuk bulat besar seperti pepperoni itu ialah tasik. Mengagumkan bukan?

4. Pulau berbentuk helikopter di Filipina

Dilumacad adalah pulau berbentuk helikopter yang terletak berdekatan dengan El Nido di Palawan. Terdapat banyak hutan hijau di pulau tersebut.

Selain itu, anda juga boleh menemui gua di bawah air sedalam 50-80 kaki di sebelah utara di luar pulau manakala terumbu karang terletak di bahagian selatan pulau.

5. Pulau berbentuk kuda laut di Galapagos

Pulau Isabela terbentuk kira-kira satu juta tahun yang lalu dengan gabungan 6 gunung berapi perisai. Keluasan pulau berbentuk kuda laut ini lebih kurang 4,640 meter persegi. Pada asalnya pulau itu bernama Albermarle.

6. Pulau berbentuk penyu di Taiwan

Pulau berbentuk penyu di Taiwan ini adalah Pulau Guishan yang mempunyai gunung berapi aktif. Mereka mengatakan pulau ini sangat sesuai bagi orang yang gemar melakukan aktiviti melihat ikan paus.

7. Pulau berbentuk boomerang di Spratly 

Pulau boomerang ini terletak di antara pantai Filipina, Malaysia dan Selatan Vietnam. Dikatakan bahawa terdapat banyak sumber minyak dan gas di pulau ini. Pulau boomerang ini sebenarnya adalah milik pulau Spartly yang dipertikaikan.

8. Pulau berbentuk  buaya di Filipina

Sesiapa yang pernah melancong ke Boracay (salah satu tempat pelancongan menarik di Filipina) mungkin pernah melihat pulau berbentuk buaya ini. Pulau yang terletak 20 minit jauh daripada pantai putih ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti snorkeling.

9. Pulau berbentuk phallic di Fiji

Pulau Mavuva yang terletak diluar Vanua Levu menjadi terkenal disebabkan bentuknya yang melucukan. Pulau ini mempunyai pantai putih yang cantik dan sesuai untuk aktiviti pelayaran.

10. Pulau berbentuk bulan di Hawaii

Adakah anda suka melihat bulan? Pulau Molokini yang terletak di antara Maui dan Kaho’olawe kelihatan seperti bentuk bulan sabit. Ramai pelancong tertarik dengan terumbu karang yang terdapat di pulau ini yang mana merupakan rumah bagi 200 jenis ikan yang berbeza.

11. Pulau berbentuk ikan di Croatia

Pulau berbentuk ikan ini terletak di tengah-tengah lautan yang berwarna biru, jernih di Laut Adriatic,  Brijuni. Pulau ini merupakan kumpulan 14 buah pulau kecil di Pula, Croatia. Dikatakan bahawa terdapat 200 tapak kaki dinosaur ditemui di sini.

12. Pulau berbentuk  ikan lumba-lumba atau Sirenuse Italy

Pecinta ikan lumba-lumba pasti suka melihat pulau yang terletak berdekatan dengan Pantai Amalfi di Selatan Itali, di antara Pulau Capri dan perkampungan Positano ini.

Sirenuse adalah pulau berbentuk ikan lumba-lumba yang dinamakan sempena ikan duyung yang mempesonakan dalam mitologi Greek yang singgah di pulau tersebut dan menggoda Ulysses dengan menggunakan suara menggoda mereka ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah.

Sumber: ELITE READERS