“Cincin Assalamualaikum Buat Elly” Sebelum Ini, Papa Beberapa Kali Memberikan Hadiah Jambangan Bunga. Hadiah Kali Ini Lebih Istimewa

PENYANYI dan pelakon, Elly Mazlein, 38, meluahkan rasa gembiranya bersempena ulang tahun kelahirannya semalam dan menerima sebentuk cincin daripada kekasihnya yang dikenali sebagai Papa.

Namun, Elly menegaskan bahawa itu bukanlah cincin risik atau pun cincin pertunangan, sebaliknya lebih selesa menggelarkannya sebagai Cincin Assalamualaikum.

“Kami gelarkannya sebagai Cincin Assalamualaikum atau cincin perkenalan. Sebelum ini, Papa beberapa kali memberikan hadiah jambangan bunga. Jadi, hadiah kali ini lebih istimewa,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, dia rasa sangat terharu dengan hadiah itu.

“Yang lebih membuatkan saya terharu adalah, bersempena sambutan ulang tahun kelahiran pada tahun ini juga, ada insan seperti keluarga dan Papa meraikannya bersama saya,” katanya.

Tambah Elly, dia akan memaklumkan kepada rakan-rakan media dan peminat sekiranya ada berita mengenai risik-merisik atau pertunangannya.

“Kalau ada, tentunya saya akan maklumkan kepada semua. Buat masa sekarang, kami masih dalam proses perkenalan,” katanya.

Bersempena ulang tahun kelahirannya ke-38 ini, Elly memohon supaya peminat-peminatnya sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan ingin menjadi manusia yang lebih baik.

“Saya berdoa supaya saya menjadi anak yang lebih baik kepada abah, menjadi ibu yang baik kepada anak saya, Putri Sara Sefhia dan saya juga doakan supaya Sefhia dapat membesar dengan baik,” katanya.

Elly juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminatnya yang mengadakan majlis kejutan sempena ulang tahun kelahirannya semalam.

“Mereka sentiasa menyokong kerjaya saya sejak zaman Gegar Vaganza lagi. Saya sangat berterima kasih kepada mereka yang walaupun masing-masing sibuk dengan kerja, tetap meluangkan masa untuk mengadakan majlis kejutan seperti semalam,” katanya.

Sefhia Sudah Ada ‘Papa’ Baharu

KUALA LUMPUR: Sekian lama menyendiri tanpa kehadiran lelaki di sisi, pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein, 38, mengakui hatinya sudah dimiliki.

Elly berkata, perkenalannya dengan jejaka berusia lewat 20-an kira-kira lima bulan lalu turut membawa kebahagiaan kepada anak tunggalnya, Putri Sara Sefhia Azmi yang baru mencecah usia dua tahun.

“Saya anggap hubungan kami masih terbatas sebagai kawan, memandangkan kami baru lima bulan berkenalan. Terlalu awal untuk saya katakan, kami sedang bercinta.

“Namun, melihat keserasian dan penerimaan jejaka itu terhadap Sefhia membuatkan hati saya tersentuh. Selama ini, Sefhia tidak berpeluang merasai kasih sayang seorang ayah.

“Walaupun masih muda, dia matang. Dia juga sangat memahami dan mengambil berat terhadap saya dan anak. Saya tidak pernah rasa bahagia sebegini, malah lebih penting, Sefhia juga gembira,” katanya.

Elly berkata, hatinya terbuka untuk mengenali lelaki itu dengan lebih rapat selepas memikirkan masa depan anaknya.

Melihat keakraban Sefhia dengan teman istimewanya itu, Elly berharap hubungan yang terjalin itu berkekalan dan membawanya kembali ke jenjang pelamin.

“Kali pertama berjumpa, saya bawa Sefhia bersama. Memang pada mulanya, dia agak kekok, tetapi mereka cepat serasi hingga Sefhia memanggilnya papa.

“Ketika bercuti bersama Sefhia di Amsterdam, Belanda, baru-baru ini, dia asyik bertanyakan ‘papa’nya. Mujur panggilan video dapat mengubat kerinduan Sefhia terhadap ‘papa’nya itu,” katanya.

Tidak kisah dipandang sinis apabila menjalin hubungan dengan lelaki yang jauh lebih muda, Elly berkata, dia selesa memekakkan telinga kerana dirinya juga berhak mengecapi bahagia.

“Saya Sekadar Mencari Rezeki & Buat Kerja Untuk Menjaga Amanah” – Elly Mazlein

Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein meluahkan rasa syukur apabila percubaanya menjadi hos di Anugerah Skrin 2018 mendapat pujian daripada orang ramai.

Menurusi entri di Instagram (IG), Elly berharap agar mendapat banyak lagi tawaran untuk menjadi hos dalam sesebuah rancangan selepas ini.

“Terus rasa nak balik Kuala Lumpur sekarang juga. Thank You semua yang sudi menonton.

“Saya sekadar mencari rezeki dan buat kerja untuk menjaga amanah saya iaitu Abah & Sefhia. 

“Semoga terus diberi peluang dan kesihatan yang baik, Insya Allah Amin.

“Terima kasih buat semua. Thank you sangat-sangat untuk @shuk_hotfm kerana banyak membantu. Semoga dapat mengehos bersama lagi, InsyaAllah,” tulisnya.

Rata-rata memuji cara spontan Elly mengacara dan berharap dia diberikan peluang untuk mengendalikan sebuah rancangan suatu hari nanti.

Sedikit Biodata Elly Mazlein..

Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein (lahir 17 Disember 1980) merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang berasal dari Malaysia dan zodiaknya ialah Sagittarius. Beliau mengikat kontrak rakaman bersama NAR Records pada tahun 1997 dan telah melahirkan 4 buah album solo sepanjang 5 tahun kontrak berjalan. Ketika bergelar penyanyi beliau sering dibandingkan dengan penyanyi remaja seangkatan seperti Siti Nurhaliza dan Liza Hanim. Biarpun begitu pada tahun 2001 beliau mencipta rekod tersendiri apabila album ketiganya yang berjudul Elly berjaya menjadi antara 10 buah album Malaysia terlaris pada tahun tersebut dengan jualan melebihi 60,000 unit. Kejayaan itu mengulangi kejayaan album terdahulu yang berjudul Satu Persatuyang juga terjual mencecah 50,000 unit. Elly berjaya mempopularkan lagu-lagu seperti Usah Ditambah Bara Yang TersimpanJanji Kekasih dan Bungaku Bakawali yang ketika itu merajai carta radio tanah air. Pun begitu, karier nyanyiannya terhenti seketika pada tahun 2005 kerana faktor pasaran dan kontrak rakaman.

Elly yang mulanya dikenali sebagai penyanyi namun kini lebih dikenali sebagai pelakon setelah disunting oleh pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam untuk membintangi drama bersiri Gerak Khas. Sejak itu, Elly lebih dikenali sebagai pelakon, dan menempa nama sebagai antara pelakon TV wanita paling laris di Malaysia.

VIDEO :

Sumber : Metro