Rupanya Ada Cara Nak Bvang Minyak Masak Terpakai Dengan Mudah, Tidak Mel3leh & Tidak Kot0r

Cara memasak kita sehari-hari memang guna banyak minyak. Menjadi masalahnya bila nak buang minyak masak terpakai yang dah hitam legam ni.

Memang boleh jual semula minyak tapi tak semua tempat ada. Nak buang kat singki nanti tersumbat, nak buang kat longkang jadi k0tor.

Mahu tak mahu kena buang juga dalam tong sampah. Tapi selalunya minyak  akan meleleh dan lagi stres kalau menitik atas lantai. Satu kerja nak bersihkan kembali minyak ni. Renyah betul!

Tapi tip yang dikongsi oleh Noor Hafiza Mohamad ini boleh membantu selesaikan masalah kaum ibu kat dapur.

Guna hardener…

Ramai yang tak tahu rupanya ada produk dijual di pasaran yang boleh digunakan untuk membekukan minyak masak terpakai supaya proses membuang bahan ini lebih mudah.

Produk yang dipanggil cooking oil harderner atau pengeras minyak masak ini boleh dibeli di Daiso dengan harga RM5.90, setiap kotak mengandungi 5 pek.

Cara-caranya:

1. Beli “hardener” @ pengeras minyak masak (boleh beli di DAISO RM5.90/kotak ada 5 pek).

2. Panaskan minyak masak dan masukkan hardener.

3. Tunggu sehingga sejuk dan minyak akan membeku.

4. Masukkan dalam plastik ikat kemas dan buang dalam tong sampah.

 

Video :

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PenPilot

 

 

Sumber : Vanilla Kismis via Noor Hafiza Mohamad