Antara J4nda Dan Anak Dara, Yang Mana Satu Lelaki Bujang Patut Pilih?

Islam memberi panduan yang jelas bagi seseorang lelaki memilih jodoh. Namun begitu, Islam lebih mengutamakan wanita beriman kerana hanya keimanan saja dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Persoalan timbul apabila seorang lelaki memilih j4nda sebagai calon isteri berbanding anak dara. Ikuti perkongsian berikut.

SOALAN:

Dr, saya seorang j4nda muda yang berusia 26 tahun. Baru-baru ini saya telah bercinta dengan seorang pemuda di tempat kerja saya yang berusia 25 tahun. Kami bercadang untuk berkahwin. Namun keluarganya menghalang atas alasan saya seorang j4nda. Mereka menggunakan alasan agama kononnya agama tidak menyukai seseorang berkahwin dengan j4nda. Benarkah demikian pendirian Islam terhadap golongan j4nda seperti saya?

JAWAPAN:

Islam tidak pernah memandang hina kepada golongan j4nda. Bahkan Rasulullah SAW isteri-isteri baginda hampir kesemuanya j4nda. P0ligami yang dianjurkan oleh Islam juga antara kebaikannya membantu golongan j4nda yang kehilangan suami.

Namun begitu dari segi keutamaan, jika di hadapan seseorang lelaki ada pilihan antara seorang j4nda dan anak dara yang kedua-dua sama baik dari semua sudut, melainkan yang seorang anak dara dan seorang lagi j4nda, maka diutamakan anak dara. Ini berdasarkan beberapa hadis Nabi s.a.w. yang menggalakkan berkahwin dengan anak dara.

Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Majah dengan sanadnya yang hasan:

عَلَيْكُمْ بِالْأَبْكَارِ، فَإِنَّهُنَّ أَعْذَبُ أَفْوَاهًا، وَأَنْتَقُ أَرْحَامًا، وَأَرْضَى بِالْيَسِيرِ

“Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”. (Ibn Majah, dinilai hasan dalam al-Silsilah al-Sahihah)

Maksud hadis di atas ialah oleh kerana anak dara belum pernah bergaul dengan lelaki, maka biasanya sifat kasar mereka itu kurang. Peluang memperolehi anak lebih luas disebabkan biasanya mereka lebih muda atau tidak terdedah kepada masalah kelahiran sebelumnya yang mungkin menghalang mereka untuk terus melahirkan anak.

Juga mereka lebih reda dengan yang sedikit di sudut pemberian lelaki, atau kehebatan hubungan s3ks. Ini kerana mereka belum ada pengalaman untuk dibuat perbandingan. Faktor ini boleh menyebabkan rumahtangga lebih bahagia dan mesra. Hadis ini mengkhabarkan hakikat yang sebenar.

MUNGKIN J4NDA LEBIH BAIK DARIPADA ANAK DARA

Namun begitu, ada keadaan tertentu, mungkin j4nda lebih baik daripada anak dara. Ini seperti apabila j4nda tersebut lebih kuat pegangan agamanya. Ini akan menyebabkan segala ciri-ciri baik yang membawa kebahagiaan rumah tangga ada padanya. Maka j4nda boleh menyaingi anak dara dengan kekuatan agamanya.

Juga ada kalanya j4nda lebih baik berdasarkan kepada hajat lelaki yang inginkan j4nda untuk kebaikan tertentu. Seperti dia ingin wanita yang lebih matang, atau j4nda berkenaan lebih dapat menjaga anak-anaknya disebabkan faktor-faktor tertentu.

Oleh itu dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim:

هَلَكَ أَبِي وَتَرَكَ سَبْعَ بَنَاتٍ أَوْ تِسْعَ بَنَاتٍ، فَتَزَوَّجْتُ امْرَأَةً ثَيِّبًا، فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «تَزَوَّجْتَ يَا جَابِرُ» فَقُلْتُ: نَعَمْ، فَقَالَ: «بِكْرًا أَمْ ثَيِّبًا؟» قُلْتُ: بَلْ ثَيِّبًا، قَالَ: «فَهَلَّا جَارِيَةً تُلاَعِبُهَا وَتُلاَعِبُكَ، وَتُضَاحِكُهَا وَتُضَاحِكُكَ» قَالَ: فَقُلْتُ لَهُ: إِنَّ عَبْدَ اللَّهِ هَلَكَ، وَتَرَكَ بَنَاتٍ، وَإِنِّي كَرِهْتُ أَنْ أَجِيئَهُنَّ بِمِثْلِهِنَّ، فَتَزَوَّجْتُ امْرَأَةً تَقُومُ عَلَيْهِنَّ وَتُصْلِحُهُنَّ، فَقَالَ: «بَارَكَ اللَّهُ لَكَ» أَوْ قَالَ: «خَيْرًا»

Kata Jabir: Ayahku mati, meninggalkan tujuh atau sembilan anak perempuan (periwayat kurang pasti). Aku mengahwini seorang wanita j4nda. RasululLah S.A.W telah bertanya kepadaku: “Engkau telah kahwin wahai Jabir ?” . Jawabku : Ya !. Baginda bertanya : “Anak dara atau j4nda?”. Jawabku : “J4nda”. Sabda baginda: “Mengapa tidak anak dara, engkau bermain dengannya, dia bermain denganmu, engkau menjadikan dia ketawa dan dia menjadikanmu ketawa”.

Aku kata kepada baginda: “Sesungguhnya `Abd Allah telah mati dan meninggalkan anak perempuan. Aku tidak suka aku mendatangkan kepada mereka orang yang seperti mereka, maka aku pun kahwin dengan seorang wanita yang dapat mengatur dan menguruskan mereka”

Baginda bersabda: “Semoga Allah memberkatimu” atau baginda menyebut sesuatu yang baik.”

Hadis ini dan sebelumnya menggambarkan tujuan galakan Nabi SAW untuk memilih anak dara adalah demi kemesraan dan kebahgiaan rumahtangga. Namun jika seseorang ada alasannya yang tersendiri, di mana pemilihan j4nda itu membawa kebaikan tertentu kepadanya, maka itu adalah haknya. Dengan itu Nabi s.a.w tidak membantah setelah Jabir r.a. memberikan alasannya. Bahkan baginda mendoakan untuk Jabir kebaikan.

TIDAK PANDANG LEKEH PADA J4NDA

Begitu juga seseorang wajar mengahwini j4nda untuk memberikan pertolongan kepadanya, seperti j4nda yang kehilangan suami sedangkan dia tanpa tempat bergantung. Ini terutama bagi j4nda yang berasal daripada keluarga bukan Islam atau negara yang jauh. Jika perkahwinan itu mempunyai hasrat menyelamatkan agamanya, itu adalah kebaikan. Ini kerana baginda Nabi SAW juga mengahwini ramai j4nda demi menolong mereka.

Apa yang penting, kita perlu tahu bahawa Islam tidak membenci dan memandang lekeh kepada golongan j4nda. Cumanya, hadis-hadis itu bercakap dalam bentuk perbandingan umum.

Jika j4nda itu seorang yang beragama dan berakhlak mulia melebihi anak dara yang ada dalam pilihan seseorang lelaki, atau yang dicadangkan kepadanya, maka memilih j4nda adalah lebih baik.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PenPilot

 

 

Sumber : Kashoorga