Lebih Ramai Zuriat Seseorang Wanita Itu Peroleh, Lebih Lambat Proses Penuaannya – Kajian

Wanita yang ingin kekal muda, kini ada satu langkah yang boleh dilakukan, iaitu lahir lebih ramai anak.

Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Universiti Simon Fraser pada 2016, jumlah anak yang dilahirkan seseorang wanita itu boleh memberi kesan kepada proses proses penuaan yang mana semakin ramai anak dilahirkan, semakin lambat badan lalui proses berkenaan.

Hasil kajian ini bercanggah dengan sangkaan masyarakat bahawa melahirkan lebih ramai zuriat akan mempercepatkan proses penuaan.

Profesor sains kesihatan Pablo Nepomnaschy dan pengkaji, Cindy Barha yang mengetuai penyelidikan itu melihat pada hubung kait antara jumlah anak seseorang wanita itu dan kepanjangan ‘telomere’ miliknya.

Telomere merujuk pada bahagian hujung bagi setiap untaian asid deoksiribonukleik (DNA) dan ia amat penting dalam proses penuaan.

Apabila manusia semakin berumur, telomere mereka akan menjadi lebih pendek secara semula jadi. Telomere yang lebih pendek adalah sebab utama pecahan sel yang berkaitan dengan usia dan apabila ia menjadi terlalu pendek, sel berkenaan tidak lagi boleh membiak.

Kajian Pablo dan Cindy itu yang membabitkan 75 responden wanita kelahiran Guatemala selama 13 tahun mendapati wanita yang melahirkan lebih ramai zuriat mempunyai telomere yang lebih panjang.

“Tetapi proses pemendekan telomere yang berkurangan ditemui pada peserta yang mempunyai lebih ramai anak, mungkin disebabkan oleh penambahan estrogen,” kata Pablo kepada Science Daily.

Estrogen ialah sejenis hormon yang dihasilkan ketika seseorang wanita itu hamil. Ia berfungsi sebagai antioksida yang melindungi sel daripada pemendekan telomere.

Satu lagi penjelasan mengenai proses itu adalah persekitaran sosial yang diwujudkan.

Pablo berkata, seseorang wanita yang mempunyai ramai anak selalunya mendapat lebih banyak sokongan moral daripada orang luar, seperti saudara-mara dan rakan.

Hal ini boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme yang dimiliki, sekali gus menyumbang kepada penjagaan tisu dan melambatkan proses penuaan.

Secara kesimpulannya, jika anda tidak ingin cepat tua, melahirkan ramai anak boleh membantu!

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PenPilot

 

 

Sumber : HijabnHeels