Tahukah Anda Warna Asal Lobak Bukan Berwarna Oren? Ini Kisah Evolusi Lobak!

Pemahaman kita mengenai pembentukan evolusi mungkin menjurus kepada pembangunan sesebuah negara, ekonomi, teknologi, perubatan, arena muzik, perfileman mahupun fesyen. 

Sedangkan, sumber makanan yang kita nikmati pada hari ini juga mengalami beberapa siri evolusi, malah ada yang termutasi.

Ini termasuk lobak, yang rangup dikunyah dan baik untuk kesihatan mata. Ya, lobak adalah sayur yang telah berevolusi sejak berkurun lalu menjadikan warnanya oren seperti yang kita biasa lihat pada hari ini.

Sebenarnya, pada zaman dahulu kala warna asal lobak adalah ungu, putih dan kuning. Bagaimana ia boleh jadi warna oren?

Begini ceritanya….

Pembangun pameran makanan, Paul Stepahin, menerusi blog sains, Tested menceritakan bahawa hampir kesemua buah-buahan citrus berevolusi dari tanah selatan China kira-kira 20 juta tahun lalu.

“Buah-buahan itu kemudian sampai ke India dan dikenali dengan nama Sanskrit iaitu naranga sebelum dibawa ke Barat oleh pedagang Parsi yang turut memanggilnya dengan nama yang tidak jauh beza, narang. Apabila tiba di Perancis, buah-buahan citrus disebut sebagai un narang.

“Ahli linguistik percaya bahawa orang Perancis terkeliru sehingga satu tahap melakukan kesilapan tertukar suku kata un kepada or (yang bermaksud emas), menjadikannya disebut sebagai orange sampai hari ini,” katanya.

Jadi apa kaitannya dengan lobak?

Ada sebuah kota di selatan Perancis bernama Arausio yang diasaskan oleh orang Rome pada tahun 35 Sebelum Masihi, dipanggil “Aurenja” secara tradisional. Entah bagaimana orang Perancis (seperti biasa) tersalah sebut menjadikan sebutannya Orange.

Apabila William the Silent dari Nassau mewarisi tampuk pemerintahan di Orange pada 1544, dia dipanggil William of Orange. Beliau mengetuai Revolusi Belanda men3ntang Sepanyol pada lewat 1500-an, dan menang seterusnya menubuhkan Republik Belanda.

“Ketika itu orang Belanda dikenali sebagai petani lobak. Lobak mereka didapati dalam warna putih, kuning dan ungu.

“Kemudian pada kurun ke-17, satu baka lobak telah dibangunkan yang memiliki kandungan beta-karotin (kompaun organik yang ditemui dalam labu dan ubi keledek) dan berwarna jingga.

“Orang Belanda mula menanamnya secara besar-besaran untuk memperingati William of Orange, sehinggakan lobak jenis lain diketepikan sama sekali,” kata Stepahin.

Begitulah kisahnya bagaimana lobak menjadi warna oren.

Namun begitu, jangan anggap lobak yang ada kini hanya berwarna oren sahaja. Masih lagi wujud lobak putih, kuning, ungu dan juga merah.

Cuma lobak berwarna oren itulah yang paling popular, dan William of Orange adalah puncanya.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PenPilot

 

 

Sumber : HijabnHeels