Demi Kasih Terhadap Ibu, Anak Sanggup Cuti Tanpa Gaji Untuk Jaga Ibu Terlantar

Demi kasih terhadap ibu, seorang kerani akaun sanggup mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga ibunya yang terlantar dalam keadaan separuh sedar selepas terbabit kem4langan sejak lebih setahun lalu.

Bagi Nur Farah Shakylla Ramli, 23, dia mempunyai tanggungjawab lebih besar daripada bekerja iaitu menjaga ‘syurganya’ yang kini terlantar sak1t dan memerlukan perhatian.

Nur Farah Shakylla berkata, dia sempat bekerja selama dua bulan di syarikat kontraktor di Kuala Lumpur sebelum ibunya, Noraini Abu Seman, 59, terbabit dalam kem4langan pada Disember 2017.

“Selepas melihat keadaan ibu yang terlantar tanpa upaya, saya sedih dan mengambil keputusan untuk berhenti, namun majikan memberi cuti tanpa gaji selama mana tempoh diperlukan untuk menjaga ibu.

“Pada masa sama, saya juga mahu membantu ayah, Ramli Che Ngah, 65, yang bekerja sebagai buruh untuk menguruskan keperluan ibu kerana ayah mempunyai penyak1t d4rah tinggi dan memerlukan rehat yang cukup.

“Walaupun ada adik beradik lain, biarlah saya yang berkorban untuk menjaga ibu kerana abang dan kakak ada yang sudah berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab masing-masing,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Simpul Belubang di sini.

Dua dua adik kembarnya, masing-masing menuntut di institut swasta dan belajar di sekolah menengah.

Menceritakan semula kem4langan itu, Nur Farah Shakylla berkata, ibunya terbabit dalam kem4langan selepas motosikal yang ditunggang terb4bas ketika dalam perjalanan pulang menghantar bapanya ke tempat kerja yang terletak satu kilometer dari rumah.

Anak keenam daripada sembilan beradik itu berkata, akibat kem4langan itu, ibunya mengalami pend4rahan dalam kepala dan doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk membvang sedikit tempurung kepala di bahagian kanan bagi mengel4kkan j4ngkitan kuman.

“Selepas kem4langan itu, ibu tidak lagi boleh bercakap dan hanya boleh menggerakkan sedikit jari sebelah tangan kiri, selain menggunakan bahasa tubuh apabila dia berasa tidak selesa atau sak1t di mana-mana bahagian anggota badan.

“Selama sebulan ibu dir4wat di Unit Raw4tan Rapi (ICU) H0spital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan tiga bulan selepas itu dipindahkan ke wad biasa.

“Sebelum dibenarkan pulang ke rumah, ibu dirujuk ke H0spital Machang bagi memastikan kesihatannya berada di tahap memuaskan,” katanya yang mengharapkan ibunya kembali sihat dan pulih seperti sedia kala.

Katanya, setiap bulan mereka sekeluarga memerlukan sekurang-kurangnya RM1,200 untuk membeli susu sahaja, selain membeli lampin pakai buang, vbat-vbatan dan pengangkutan ulang alik ke h0spital setiap kali temujanji di HUSM.

“Wang bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 digunakan untuk membeli keperluan ibu dan dalam masa sama abang serta kakak juga ada menghantar wang belanja untuk meringankan kos perbelanjaan ibu.

“Ibu perlu diberi minum susu lima kali sehari iaitu setiap empat jam sekali melalui tiub yang dipasang di hidung dan setin susu yang berharga RM118, hanya bertahan untuk tiga hari,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun CIMB, 7054441521, atas nama Nur Farah Shakylla Ramli atau boleh menghubunginya di talian 014-2919860.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PenPilot

 

 

Sumber : BH Online